Assalamualaikum,HOLLAAA! Hurmm,nak share satu storyy. Now,umi kat kampung Kuala Kangsar. Semalam bosan sangat sebab takde sepupu punn. So,tergerak hati nak amik satu majalah. Masa tuhh just nak selak-ii jea muka surat tuhh. Tiba-ii,Allah tergerakkan hati umi untuk baca satu artikel nihh. SUBHANALLAH. Selama nihh umi tak tahu pun dengan baca bismillah macam-ii ganjaran Allah bagi kat kita. Islam tuhh sangat indah Biar pun lafaz ini ringkas,tetapi ia mempunyai banyak kelebihan.
ANTARANYA ialah:
♥ Bismillah mempunyai 19 huruf. Begitu juga dengan malaikat penjaga neraka yang mempunyai jumlah yang sama. Ibnu Mas'ud berkata : "Sesiapa yang ingin diselamatkan oleh Allah daripada malaikat penjaga api neraka maka bacalah 19 kali setiap hari"
♥ Sesiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
♥ Sebuah hadis Qudsi ada menyebut bahawa,"BISMILLAH adalah untukmu dan umatmu,suruhlah mereka membacanya apabila memohon sesuatu dengan-KU.Aku tidak akan meninggalkan walau seketika sejak lafaz ini diturunkan kepada Adam."
♥ Sesiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala doa kedua orang tuanya.
♥ Sesiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbih lah seala gunung kepadanya.
♥ Sesiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara daripada gangguan syaitan,kecurian,dan kebakaran,mati secara tiba-tiba dan bala.
♥ Sesiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,akan menaikkan semangat dan keberanian orang yang membacanya,manakala orang yang zalim itu akan ketakutan.
Umi kongsi nihh bukan saja-ii tapi umi nak orang tahu apa yang umi baca jea. Thankyouu sebab sudi membaca :) Sharing is caring ♥ . ♥
Jumaat, 29 Mac 2013
Ahad, 10 Mac 2013
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.W.T.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
KANTA pembesar digunakan untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah bekas |
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."
Sabtu, 9 Mac 2013
Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia
♥100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
♥♥> 40 hari sebelum kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
♥♥> 7 hari sebelum kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
♥♥> 3 hari sebelum kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
♥♥>1 hari sebelum kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
♥♥> hari kematian
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Teringin nak tahu apa yang dirasa saat terakhir kematian,alang-ii tuhh umi shared lahh sikit. Hope boleh membantu siapa yangg nak tahu. Bak kata pepatah "sharing is caring". Okaylahh. Assalamualaikum :D
Langgan:
Catatan (Atom)